> G.A.D.I.S S.E.M.A.S.A


Entries About Facebook Twitter Instagram FOlLOW DASHBOARD
D'Owner !

Hati kita Allah yang punya , Hati kita Allah yang jaga , andai takdir hidup kita bersama , pasti Allah akan permudahkan jalannya .

Cinta Hati !



-18/08/13- Terbina sebuah istana ,
MOHD FARHAN BIN ISHAK .

Drive M7


http://www.drivem7.com/
Peminat Setia Zizan Razak


Fan's Zizan Twitter


Tik Tok

Running Man


Kim Jong Kook



Old Entries


Chat Disini


Thanks For

© Skin by Ainy Harun inspired by Gadis Semasa. Noor Ainy . Do tell me if I do not credit yours.

Filem Bikers Kental

-23/05/2013-

Assalamualaikum ! Banyak jugak story nak ceritakan , memang banyak la .. Maklum la busy kan , busy ? busy apa pun tak tahu la . hahaha ! Baru sekarang nak rajin nak update semua cerita .. Apa2 pun korang mesti tertunggu2 next blog ainy kan , sabar okayy . Sekarang ainy nak cerita okayy..




Bagaimanakah terbinanya filem Bikers Kental ini ? filem ini diarahkan oleh Helmi Yusof , Siapa Helmi Yusof ?? Nama Helmi Yusof bukan asing dalam produksi filem tempatan. Karier pengarah fotografi terkenal ini bermula pada 1996 . Cerita ini mengisahkan Konvoi KL- Krabi Thailanf , sebuah motor yang berkuasa tinggi .. Dah kata bikers mestilah motorkan , filem ini mesti tertunggu2 oleh semua lelaki yang berminat dengan motor berkuasa tinggi ini , tetapi bukan lelaki sahaja yang boleh minat , perempuan pun ada jugak yang berminat dengan motor berkuasa tinggi .. Filem ini semua golongan boleh tonton , tak kesah umur dan bangsa okayy .. Kalau korang nak tahu apa terjadi dalam filem ini , korang kena tengok lah .. Kalau aku nak cerita pun , mesti panjang punya .. Aku bagi tahu apa yang patut jela okayy ..

Filem ini mengisahkan Bidin Al Zaifa (Zizan), cukup meminati motosikal berkuasa tinggi. Dia bekerja di garaj motosikal milik sepupunya, Aidil (Harun). Meskipun sengkek, Bidin berangan-angan memiliki motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah ke negara jiran. 

Keinginan itu semakin memuncak apabila bergaul dengan pelanggan setia garaj sepupunya. Dia ingin menyertai geng motosikal yang diketuai Eddie (Awie) namun kehadirannya kurang disenangi orang kanan Eddi, Arbi (Zul). 

Impian Bidin menjadi kenyataan apabila dia terjumpa sebuah beg berisi wang yang banyak. Dengan duit itu dia membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan diri untuk berkonvoi ke Krabi bersama geng Eddie. 

Sepanjang kembara itu Bidin berdepan dengan pelbagai insiden dan konflik. Dia juga jatuh cinta pandang pertama dengan Saiya yang bekerja di sebuah gerai makan. Lebih mencemaskan beberapa lelaki misteri mengekorinya. 

Jika mahu mengetahui kesudahan nasib Bidin, jangan ketinggalan menyaksikan Bikers Kental di pawagam berhampiran. 

Filem merupakan cetusan idea pengarahnya sendiri yang sangat meminati motosikal berkuasa tinggi menampilkan pelakon seperti, Zizan Razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. 

Tidak sekadar menjalani penggambaran di Krabi, filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd turut menjalani penggambarannya di sekitar Hatyai dan Sadao, Thailand. Malah sebanyak sembilan motosikal berkuasa tinggi seperti Aprilia RSV4, Aprilia tuono, Aprolia Mana, Harley-Davidson Dyna, Sportster XR1200x dan Naza Blade di bawa ke negara tersebut.



Trailer Bikers Kental 



Lagu Tema Bikers Kental , Selamanya Untuk Mu by Awie







Ulasan dari ainy adalah , Filem ini memang terbaik dari ladang , tak menyesal kalau anda tengok filem Bikers Kental ini .. Ainy dah tengok 5 kali buat masa ini .. Ainy harap korang enjoy okayy dengan cerita Bikers Kental ini ..



INFO BIKERS KENTAL 

ARAHAN: Helmi Yusof 
PELAKON: Zizan Razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Sufian Mohamed 
GENRE: Pengembaraan/Aksi/Komedi 
TAYANGAN: 23 Mei 2013